Langkah praktikal membantu Gaza antaranya ialah :
1. Semua khatib, pendakwah, guru dan umat Islam di seluruh tempat hendaklah memberi pesanan kepada orang ramai supaya menguatkan ikatan dan keimanan kepada Allah S.W.T. Beritahu orang ramai agar menjauhi segala maksiat kerana ia merupakan antara sebab tentera musuh menjadi kuat dan pertolongan Allah S.W.T lambat menjelma.
2. Sentiasa menghidupkan program boikot semua barangan syarikat-syarikat Yahudi, Zionis, Amerika dan yang berkaitan dengan perkembangan dan pembangunan Israel.
3. Turut serta dalam semua aktiviti dan program yang memberi sokongan dan bantuan kepada penduduk Islam Gaza.
4. Melancarkan kempen-kempen derma dan sumbangan sama ada di peringkat individu, yayasan, syarikat, badan-badan pertubuhan dan yang seumpamanya.
5. Membuat propaganda dan iklan secara meluas melalui media massa dan media elektronik dalam pelbagai bentuk dan bahasa penyampaian untuk memberi penerangan tentang isu yang sedang berlaku di Gaza secara tepat dan lengkap.
6. Semua persatuan hak asasi manusia hendaklah bertindak dengan segera membuat tekanan kepada proksi Zionis dan menghantar surat-surat mengutuk tindakan Zionis dan menggerakkan demontrasi dan perhimpunan menentang Zionis dan Amerika.
Fatwa yang dikeluarkan oleh Kesatuan Ulamak Sedunia yang diketuai oleh Sheikh Dr Yusuf Al-Qardhawi tentang hukum membantu rakyat Palestin yang diserang di Gaza sekarang ini (yang saya nyatakan dalam Title : SELAMATKAN GAZA) sesuai dengan firman Allah S.W.T :
"Dan apakah yang menghalang kamu (maka kamu) tidak mahu berperang pada jalan Allah (untuk menegakkan agama Islam) dan (untuk menyelamatkan) orang-orang yang tertindas dari kaum lelaki, perempuan dan kanak-kanak, iaitu mereka yang selalu (berdoa dengan) berkata : "Wahai Tuhan kami! keluarkan kami dari negeri (Makkah) ini, yang penduduknya (kaum kafir musyrik) yang zalim, dan jadikanlah bagi kami dari pihakMu seorang pemimpin yang mengawal (keselamatan agama kami), dan jadikanlah bagi kami dari pihakMu seorang pemimpin yang membela kami (dari ancaman musuh)".
Surah An-Nisa', Ayat 75

No comments:
Post a Comment