Wednesday, February 18, 2009

Batu Terapung Di Baitul Maqdis

"apa? batu terapung? biar betul..."...Gambar ni dah tersebar dengan luas di 
internet. banyak pihak menyatakan yang batu ni adalah batu yang nak ikut 
Nabi Muhammad S.A.W semasa israk dan mikraj. Banyak artikel-artikel mengenai 
'Dome of The Rock' memaparkan imej batu ni. Namun tidak dapat dipastikan 
samada penulis tersebut adalah orang Islam atau beragama lain. Penulis 
artikel tersebut telah mengaitkan batu tersebut dengan kisah Isra' dan 
Mi'raj Rasulullah s.a.w. sedangkan lokasi batu itu pun tidak diketahui di 
mana, dan tidak pula diketahui siapa yang telah menangkap gambar itu. 
Sebenarnya, bagi mereka yang berpengalaman mengedit foto, dia boleh mengedit 
gambar batu menjadi seolah-olah terapung dengan menggunakan teknik 
superimpose. Tapi kenapa mereka sanggup melakukan pekara sedemikian? apakah 
tujuan sebenar mereka? 

Di Baitul Maqdis, khasnya di tempat yang dinamakan Haram As-Sharif, terletak 
Masjidil Aqsa iaitu kiblat pertama bagi orang-orang Islam sebelum kiblat 
dialihkan oleh Allah ke arah Ka'abah di Makkah. Di sana juga ada sebuah batu 
besar (panjangnya 56 kaki dan lebarnya 42 kaki) terletak dalam satu binaan 
berkubah yang dipanggil Qubatul Sakhra' atau 'Dome of The Rock'. 

Batu itu berbentuk hampir separuh bulatan dan di tengah-tengah batu ini 
terdapat satu lubang yang turun ke bawah menuju ke sebuah gua kecil yang 
dipanggil "Gua Arwah". 

Pada masa pemerintahan Khalifah Umar Al-Khattab r.a. kawasan batu itu 
dikepung dengan mendirikan sebuah masjid berbentuk bulat dan senibinanya 
direka khas oleh seorang akitek Greek. 

Pada masa pemerintahan Abdul Malik ibn Marwan iaitu Khalifah Ke 10, masjid 
itu telah dibangunkan semula serta dinamakan Masjid Qubatul Sakhra' (Dome of 
The Rock), setinggi 10 meter dan diameter 20 meter. 

Ada cerita yang mengatakan bahawa batu ini terangkat ke atas ketika 
Rasulullah melepaskan kaki Baginda dari batu ini untuk melakukan Mi'raj ke 
Sidratul Muntaha. Batu ini dikatakan ingin mengikut Rasulullah waktu Mi'raj 
tetapi ditahan oleh malaikat Jibril. Bekas tapak tangan Jibril dikatakan 
masih ada di sana. 

Menurut Sayyid Muhammad bin Alwi Al-Maliki, ulama Masjidil Haram di Makkah, 
mereka yang berkata bahawa batu ini tergantung di antara langit dan bumi 
adalah tidak benar kerana kisah ini tidak tersebut dalam Al-Qur'an atau 
dalil-dalil hadis yang kuat. (Bait Al-Maqdis, Masjid Al-Aqsa dan Batu 
Bergantung oleh Syed Hassan Muhammad Al-Attas) 

Kejadian batu itu cuba terbang mengikut Nabi Muhammad S.A.W. semasa israk 
dan mikraj, setelah dikaji semula berdasarkan kepada hadis-hadis sahih, 
perkara itu tidak benar. Ia hanya bersumber dari Yahudi (dongeng 
Israiliyyat). Batu itu sebenarnya tidak terapung. 

Menurut Prof Dr Tala'at Muhamad Afifi, dari Universiti al-Azhar: 
وقبة الصخرة ليست معلقة بالهواء كما ورد في السؤال وإنما لها حافة تمتد بعيداً 
عن قاعدتها بحيث يتخيل الشخص أنها معلقة. 

"Qubatul Sakhra' itu bukanlah terapung diatas udara sebagaimana yang 
dinyatakan didalam soalan, akan tetapi hujungnya luas dari tapaknya yang 
menjadikan ianya tergantung". 

Maknanya, batu itu mempunyai bahagian atas yang lebih besar dari bawah 
menjadikannya seolah-olah terapung. Kesimpulannya, cerita Batu yang 
tergantung itu merupakan cerita-cerita Israiliyyat. Dikatakan bahawa orang 
Yahudi sengaja ingin mewarwarkan mengenai Qubatul Sakhra' agar orang Islam 
dapat melupakan Masjid Al-Aqsa yang dipercayai merupakan tapak masjid yang 
dibina oleh Nabi Sulaiman yang ingin mereka kuasai. 

No comments:

Post a Comment