Wednesday, February 18, 2009

Konspirasi Dajjal - Kejatuhan Lehman Brothers?

Konspirasi Dajjal: Kejatuhan Lehman Brothers

Perang konspirasi Dajjal, merupakan siri penulisan Saudara IbnuYaccob 
melalui blognya Dajjal : The King of the World 
Conspiracy<http://dajjal.wordpress.com/

Artikel Penulisan ini mempunyai beberapa bahagian, disini saya kongsikan 
bahagian pertama analisis "*Perang konspirasi Dajjal*" yang ditulis beliau 
pada *13 Oktober 2008* semasa kejatuhan konglomerat perbankan Terkenal 
Amerika "Lehman Brothers", Beliau mengaitkan Kejatuhan ini dengan Konspirasi 
Perang ciptaan Illuminati/Zionis. 

Apa yang dianalisis beliau pada Oktober lepas benar-benar terjadi hari ini, 
dimana Tentera Rejim Zionis memulakan Peperangan baru di Bumi Palestin. 
Kejatuhan Lehman Brothers selaras Bailout dana sebanyak USD700 Bilion, para 
Pengkaji Konspirasi percaya separuh nilai tersebut adalah untuk dana 
peperangan Israel. Krisis/ kejatuhan ekonomi yang bermula oktober lepas 
adalah Konspirasi awal kepada peperangan yang lebih meluas pada masa 
hadapan…… 


[image: lehman_collapse]<http://www.apasaje.net/wp-content/uploads/2009/01/lehman_collapse.gif
Fasa Pengumpulan dana peperangan. 

Seperti dijangka oleh ramai *conspiracy theorist*, kini bunga-bunga 
peperangan mula kelihatan. Dengan masih menjalankan kaedah klasik, golongan* 
Illuminati <http://dajjalvideo.blogspot.com/search/label/Illuminati>* nampaknya 
kali ini mengunakan pula konglomerat Lehman Brothers sebagai isu ekonomi 
dunia. 

Kita tidak tahu negara manakah yang bakal terlibat dengan peperangan besar 
kali ini. Siapakah presiden yang bakal berhadapan dengan presiden Amerika 
atau Israel? 

Namun para pemerhati politik lebih cenderung untuk bersetuju bahawa Israel 
sendiri akan berperang. 

Semua ini adalah teka-teki di depan mata yang hanya menunggu masa untuk 
meletus dalam akhbar-akhbar dunia. Kita juga tidak tahu bilakah peperangan 
tersebut akan berlaku. 

Namun apa yang pasti perang antara 2 negara besar *akan berlaku* dan perang 
itu bukanlah Perang Dunia Ketiga atau Armageddon. Perang itu lebih kepada 
antara blok Pro-Zionis dan Blok Pro *Anti 
Zionis.<http://dajjal.wordpress.com/2008/10/05/yahudi-orthodoks-dan-hdtv/

*Isu Lehman Brothers dan Bailout Luar Biasa* 

Keganjilan dalam isu ekonomi di Amerika ialah secara tiba-tiba Presiden 
kepada*Federal Reserve Bank* iaitu *Timothy F. Geithner* memanggil 
orang-orang besar Lehman Brohters untuk bermesyuarat pada 13 September 2008. 

Seperti laporan, mesyuarat tersebut diadakan untuk memfokuskan kepada 
'situasi masa depan' Lehman Brothers. Mesyuarat tersebut membincangkan 
tentang kemungkinan akan berlakunya *emergency liquidation*  dalam 
aset-asetnya. Atau dalam erti kata lain, mereka bermesyuarat bagi 
tujuan* "bersedia 
untuk bankrap"* 

Akhirnya pada 15 September 2008, Lehman Brothers mengumumkan kebankrapan 
mereka dan serentak dengan itu mengumumkan juga mereka memfailkan memohon 
bantuan kewangan seperti akta dalam Chapter 11. 

Chapter 11 merupakan perundangan ekonomi yang dibentuk bertujuan menyalurkan 
dana-dana tambahan bagi membantu ekonomi syarikat-syarikat di Amerika. 
Kongres bersetuju untuk bailout kepada Lehman sebanyak USD700 billion. 

Nilai USD700 billion adalah jumlah bailout terbesar dalam sejarah Amerika. 

Bagi kebanyakan *Conspiracy Theorists* 
<http://dajjal.wordpress.com/2008/09/04/benjamin-fulford-wartawan-pali...>dan 
kami sendiri bersetuju dengan mereka bahawa krisis ini adalah ciptaan * 
Dajjal <http://dajjalvideo.blogspot.com/search/label/Dajjal>* untuk 
mencetuskan peperangan besar. 

Terdapat beberapa kemusykilan terhadap nilai tersebut. Setelah disuntik dana 
saiz raksasa pada 20 September 2008 itu, Lehman Brothers tetap tidak mampu 
memulihkan kesihatan syarikatnya. 

*Tujuan Utama Mencetuskan Krisis Ekonomi* 

Kami melihat tujuan utama krisis ekonomi yang dimulai oleh kebankrapan 
Lehman Brohters ialah sebagai suatu situasi rekaan semata-mata. Situasi ini 
direka bagi mengambil dana kewangan kerajaan Amerika untuk kegunaan 
peperangan. 

Tidak diketahui siapa penyimpan sebenar dana bailout USD700 billion yang 
diberi secara berperingkat itu. Walaupun laporan akhbar-akhbar Amerika 
mengatakan ianya digunakan oleh Lehman Brohters tetapi terdapat keganjilan 
dari segi pengurusan dana. 

Antaranya ialah nilai bailout yang diminta melebihi nilai aset sebenar 
Lehman Brothers. Lebihan itu adalah sebanyak USD61 billion. Itu pun Lehman 
Brothers masih tidak mampu menyembuhkan syarikat-syarikatnya. 

Ramai *Conspiracy Theorists*  <http://www.conspiracywold.com/>menjangkakan 
bahawa dana tersebut telah dipindahkan kepada bank-bank di Israel sebagai 
persediaan modal peperangan. Modal terbawa yang dijangkakan setakat tarikh 
artikel ini ialah USD400 billion. 

Kami amat yakin ini adalah modal awal peperangan besar yang bakal meletus. 
Manakala negara yang mungkin berperang dengan modal ini ialah 
*ISRAEL<http://dajjalvideo.blogspot.com/search/label/Zionis
*. 

Jika tidak masakan *Anti-Defamation League*  <http://www.adl.org/>(ADL) yang 
berpengkalan di Amerika Syarikat mengumpul semua *statements* dan pandangan 
para penyelidik konspirasi di semua blog-blog, laman web dan forum di 
seluruh dunia. 

Mengapa ADL begitu pantas? Hatta komen-komen kecil dari pembaca-pembaca 
dalam ruangan forum konspirasi juga dikumpulnya. 

Pihak ADL sendiri mengakui tindakan mereka itu seperti yang dilaporkan oleh 
wartawan Israel iaitu *Anshel Pfeffer*. Beliau melaporkan proses pengumpulan 
maklumat telah dijalankan bermula awal Oktober 2008. 

(Kiri) *Jeff Rense*, *bekas wartawan di Amerika dan pernah ditemuramah oleh 
Alex Jones dalam siaran radio Infowars* (Kanan) *Anshel Pfeffer*, *wartawan 
akhbar Israel pernah dirompak oleh beberapa orang askar Russia ketika 
membuat liputan berkenaan krisis di Georgia.* 

Bayangkan seluruh akhbar Israel melompat-lompat menafikan laporan kecil 
dari *Jeff Rense* iaitu bekas wartawan akhbar yang tidak popular. Rense 
adalah orang terawal yang membuat kenyataan USD400 billion (nilai awal) 
sebenar dipindahkan kepada kerajaan Israel. 

*Jense Rense* tidak sepopular Alex Jones, David Duke, Texe Marrs atau David 
Icke. Jika manusia sekecil ini pun dianggap besar kata-katanya maka benarlah 
tuduhan itu. Dua akhbar utama Israel *Haaretz* dan *Jerusalem Post* menyerang 
kenyataan Rense setiap minggu. 

*Fungsi ADL Dalam Mengawal Pelan Konspirasi* 

Bagi ADL pengumpulan maklumat amat penting untuk melihat sejauh 
manakah*KETEPATAN 
TEORI* yang dibincangkan oleh para *Conspiracy 
Theorist<http://www.infowars.com/
*. 

Sekiranya ada orang yang membuat teori krisis tersebut dengan andaian yang 
hampir tepat (mungkin ketepatan 6/10), kemnungkinan jalan lain akan 
dibentuk. Maka akan berlakulah kelewatan mencetuskan peperangan. Inilah 
fungsi sebenar ADL. 

(Gambar) *Kempen di atas dikeluarkan oleh akhbar pro-Zionis di Amerika iaitu 
San Francisco Sentinel pada 14 September 2007*. 

*Perang Konspirasi Dajjal (PKD)* 

Krisis ekonomi ini adalah krisis untuk mewujudkan peperangan antara negara 
Israel atau Amerika dengan negara-negara yang tertentu. Kita tidak pasti 
negara manakah yang bakal diplih oleh *Dajjal 
<http://dajjalvideo.blogspot.com/search/label/Dajjal%20Documentary
*nanti. 

Apa yang pastinya negara itu adalah negara Islam. Peperangan mungkin boleh 
berlaku antara beberapa penjuru dan tidak lagi satu lawan satu atau 5 lawan 
satu. 

Ini adalah Perang Konspirasi Dajjal yang kami percaya diwujudkan untuk 
tujuan-tujuan persediaan menghadapi *Imam Mahdi s*eperti yang kami telah 
maklumkan sebelum ini dalam artikel bertajuk *"Rahsia Misi Dajjal di Timur 
Tengah."<http://dajjal.wordpress.com/2008/06/12/rahsia-misi-dajjal-di-timur-te...

Batu Terapung Di Baitul Maqdis

"apa? batu terapung? biar betul..."...Gambar ni dah tersebar dengan luas di 
internet. banyak pihak menyatakan yang batu ni adalah batu yang nak ikut 
Nabi Muhammad S.A.W semasa israk dan mikraj. Banyak artikel-artikel mengenai 
'Dome of The Rock' memaparkan imej batu ni. Namun tidak dapat dipastikan 
samada penulis tersebut adalah orang Islam atau beragama lain. Penulis 
artikel tersebut telah mengaitkan batu tersebut dengan kisah Isra' dan 
Mi'raj Rasulullah s.a.w. sedangkan lokasi batu itu pun tidak diketahui di 
mana, dan tidak pula diketahui siapa yang telah menangkap gambar itu. 
Sebenarnya, bagi mereka yang berpengalaman mengedit foto, dia boleh mengedit 
gambar batu menjadi seolah-olah terapung dengan menggunakan teknik 
superimpose. Tapi kenapa mereka sanggup melakukan pekara sedemikian? apakah 
tujuan sebenar mereka? 

Di Baitul Maqdis, khasnya di tempat yang dinamakan Haram As-Sharif, terletak 
Masjidil Aqsa iaitu kiblat pertama bagi orang-orang Islam sebelum kiblat 
dialihkan oleh Allah ke arah Ka'abah di Makkah. Di sana juga ada sebuah batu 
besar (panjangnya 56 kaki dan lebarnya 42 kaki) terletak dalam satu binaan 
berkubah yang dipanggil Qubatul Sakhra' atau 'Dome of The Rock'. 

Batu itu berbentuk hampir separuh bulatan dan di tengah-tengah batu ini 
terdapat satu lubang yang turun ke bawah menuju ke sebuah gua kecil yang 
dipanggil "Gua Arwah". 

Pada masa pemerintahan Khalifah Umar Al-Khattab r.a. kawasan batu itu 
dikepung dengan mendirikan sebuah masjid berbentuk bulat dan senibinanya 
direka khas oleh seorang akitek Greek. 

Pada masa pemerintahan Abdul Malik ibn Marwan iaitu Khalifah Ke 10, masjid 
itu telah dibangunkan semula serta dinamakan Masjid Qubatul Sakhra' (Dome of 
The Rock), setinggi 10 meter dan diameter 20 meter. 

Ada cerita yang mengatakan bahawa batu ini terangkat ke atas ketika 
Rasulullah melepaskan kaki Baginda dari batu ini untuk melakukan Mi'raj ke 
Sidratul Muntaha. Batu ini dikatakan ingin mengikut Rasulullah waktu Mi'raj 
tetapi ditahan oleh malaikat Jibril. Bekas tapak tangan Jibril dikatakan 
masih ada di sana. 

Menurut Sayyid Muhammad bin Alwi Al-Maliki, ulama Masjidil Haram di Makkah, 
mereka yang berkata bahawa batu ini tergantung di antara langit dan bumi 
adalah tidak benar kerana kisah ini tidak tersebut dalam Al-Qur'an atau 
dalil-dalil hadis yang kuat. (Bait Al-Maqdis, Masjid Al-Aqsa dan Batu 
Bergantung oleh Syed Hassan Muhammad Al-Attas) 

Kejadian batu itu cuba terbang mengikut Nabi Muhammad S.A.W. semasa israk 
dan mikraj, setelah dikaji semula berdasarkan kepada hadis-hadis sahih, 
perkara itu tidak benar. Ia hanya bersumber dari Yahudi (dongeng 
Israiliyyat). Batu itu sebenarnya tidak terapung. 

Menurut Prof Dr Tala'at Muhamad Afifi, dari Universiti al-Azhar: 
وقبة الصخرة ليست معلقة بالهواء كما ورد في السؤال وإنما لها حافة تمتد بعيداً 
عن قاعدتها بحيث يتخيل الشخص أنها معلقة. 

"Qubatul Sakhra' itu bukanlah terapung diatas udara sebagaimana yang 
dinyatakan didalam soalan, akan tetapi hujungnya luas dari tapaknya yang 
menjadikan ianya tergantung". 

Maknanya, batu itu mempunyai bahagian atas yang lebih besar dari bawah 
menjadikannya seolah-olah terapung. Kesimpulannya, cerita Batu yang 
tergantung itu merupakan cerita-cerita Israiliyyat. Dikatakan bahawa orang 
Yahudi sengaja ingin mewarwarkan mengenai Qubatul Sakhra' agar orang Islam 
dapat melupakan Masjid Al-Aqsa yang dipercayai merupakan tapak masjid yang 
dibina oleh Nabi Sulaiman yang ingin mereka kuasai. 

Berlawak Ada Batasannya

Etika melawak dan bergelak ketawa. 

Islam tidak melarang untuk kita berseronok dengan melawak dan bergelak 
ketawa. Lihatla bagaimana kisah Rasulullah bergurau dengan seorang wanita 
tua. 

Wanita itu berkata baginda "Doalah kepada Allah supaya Dia memasukkan 
aku ke dalam syurga." Baginda menjawab "Wahai ibu, sesungguhnya 
orang tua tidak masuk ke dalam syurga." Perempuan itu balik dan menangis. 
Baginda saw bersabda: 

أخبروها أنها لا تدخلها وهي عجوز إن الله 
تعالى يقول إنا أنشأناهن إنشاء فجعلناهن 
أبكارا عربا أترابا 

Maksudnya: "Beritahulah kepadanya 
bahawa dia tidak masuk ke dalam syurga dalam keadaan masih tua. Sesungguhnya 
Allah berfirman " Sesungguhnya kami mencipta wanita-wanita syurga 
dengan penciptaan yang baru. Kami jadikan mereka dalam keadaan dara, yang 
amat mengasihi suaminya dan yang sebaya dengannya." 

(Hr Tirmizi dan al-Baihaqi dgn sanad yg hasan) 

Abu Hurairah telah meriwayatkan: Para sahabat berkata " Wahai Rasulullah 
sesungguhnya kamu bergurau senda dgn kami." Baginda menjawab: 

نَعَمْ غَيْرَ أَنِّي لَا أَقُوْلُ 
إِلَّا حَقَّا 

Maksudnya: Ya aku bergurau tetapi 
aku tidak berkata melainkan perkara yang benar. 

(Hr Tirmizi dan Ahmad – sanadnya hasan) 

Disini Dr Yusuf Qardawi meletakkan lima etika yg perlu dipatuhi dalam bergurau 
senda: 

Pertama: Tidak menggunakan perkara 
yang bohong sebagai alat untuk manusia tertawa. 

Nabi saw bersabda: 

ويل للذي يحدث فيكذب ، ليضحك القوم ، ويل 
له ، ويل له. 

Maksudnya: Celaka orang yang bercakap 
kemudian berbohong supaya manusia ketawa. Celakalah dia dan celakalah dia. 

(Hr Ahmad dan ad-Darimi – sanadnya sahih) 

Kedua: Gurauan tidak mengandungi 
penghinaan terhadap orang lain melainkan diizinkan oleh orang tersebut. 

Firman Allah: " Wahai orang2 
yang beriman janganlah satu puak itu menghina puak yang lain, kemungkinan 
orang yang dihina lebih baik dari orang yang menghina. Janganlah wanita 
menghina wanita yang lain , kemungkinan wanita yang dihina lebih baik baik 
dari yang wanita menghina… " ( 11 : al-Hujarat) 

Nabi saw bersabda: 

بِحَسْبِ امْرِىءٍ مِنَ الشَّرِ أَنْ يَحْقِرَ 
أَخَاهُ الْمُسْلِمَ 

Maksudnya: "Cukuplah seorang 
itu melakukan kejahatan apabila dia menghina saudaranya semuslim." 
(Hr Muslim – sahih) 

Termasuk dalam menghina ialah dgn meniru perbuatan orang lain. 

Aisyah ra berkata "Aku telah meniru perbuatan seorang manusia." 
Lalu Rasulullah saw bersabda: 

ما أحب أني حكيت أحدا 

Maksudnya: "Aku tidak suka 
meniru perbuatan orang lain." 

(Hr Ahmad dan Baihaqi – sanad sahih) 

Ketiga: Melawak yang tidak menakutkan 
orang lain. 

Nukman bin Basyir ra berkata: Sesungguhnya kami bersama Rasulullah 
saw dalam satu perjalanan. Seorang lelaki mengantuk di atas tunggangannya. 
Seorang lelaki yang lain mengambil anak panah dari busurnya dan mengejutkan 
lelaki yang mengantuk yang menyebabkan dia terperanjat. Rasulullah saw 
bersabda; 

لاَ يَحِلُّ لِرَجُلٍ أَنْ يُرَوِّعَ 
مُسْلِمًا 

Maksudnya: "Haram bagi seorang 
lelaki menakutkan orang Islam." 

(Hr Thabrani – sahih) 

Nabi saw bersabda: 

لا يأخذن أحدكم متاع أخيه لاعبا 
أو جادا 

Maksudnya : " Janganlah kamu 
mengambil barang kepunyaan saudara seislamnya dengan niat melawak atau 
pun betul2." 

(Hr Ahmad – sahih) 

Keempat: Jangan melawak ditempat 
yang serius dan jangan serius di tempat melawak. 

Dalam Islam ada 3 perkara yang dianggap diambil hukumnya walaupun dalam 
keadaan melawak. Nabi saw bersabda: 

ثلاث جدهن جد وهزلهن جد: النكاح 
والطلاق والعتاق 

Maksudnya: "Tiga perkara 
yang mana yg mana diambil hukumnya samaada dalam keadaan melawak atau serius: 
1. Nikah 2. Cerai 3. Membebaskan hamba. 

(Hr Abu Daud, at-Tirmizi dan Ibnu Majah – sanadnya hasan) 

Sesungguhnya Allah telah mencela orang2 musyrikin yang ketawa ketika mendengar 
al-Quran. Firman Allah swt: 

"Adakah kamu hai musyrikin rasa hairan dengan ayat2 suci al-Quran? 
Kamu ketawa ketika mendengarnya, tidak menangis ketika mendengarnya dan 
kamu dengar dalam keadaan lalai." (59 – 
61 : an-Najm) 

Kelima: Hendaklah melawak sekadar 
perlu dan tidak berlebihan. 

Nabi saw bersabda: 

وَلَا تُكْثِرْ مِنَ الضَّحْكِ 
فَإِنَّ كَثْرَةَ الضَّحْكِ تُمِيْتُ الْقَلْبَ 

Maksudnya: "Janganlah kamu 
banyak ketawa. Sesungguhnya banyak ketawa boleh mematikan hati." 

(Hr Ahmad dan Ibu Majah – sanad hasan) 

Saidina Ali ra: 

"Masukkan lawak dalam kata2 sekadar kamu memasukkan garam dalam makanan 
kamu." 

Said bin al-'As berkata: 

"Bersederhanalah dalam melawak. Berlebihan dalam melawak akan menghilangkan 
keindahan dan menyebabkan orang-orang yg bodoh akan berani terhadap mu. 
Meninggalkan melawak akan menjauhkan orang2 yang hendak bermesra dan menyebabkan 
orang2 yang berdamping dgn mu berasa rimas." 

Rujukan: Tafsir Sobuni , sahih muslim, Mawahib al-Laduniah bi syarh asSyamail 
alMuhammadiah oleh syeikh sulaiman Jamal dan Feqhul Lahwi wat Tarwih oleh 
Dr Yusuf Qardawi. 

Sunday, February 8, 2009

Kekuatan Tahajud

SATU cara paling berkesan untuk berhubung dengan Allah s.w.t ialah dengan bangun mengerjakan ibadat, khususnya sembahyang Tahajud atau sembahyang di tengah malam.

Tetapi satu persoalan boleh ditimbulkan berhubung perkara ini ialah kenapa Allah meletakkan masa untuk sembahyang tahajud pada tengah malam ketika suasana sunyi, sejuk dan penuh keheningan.

Jawapannya kerana Allah mahu menguji sejauh mana taatnya seseorang makhluk yang mengaku bertuhankan Allah.

Sesungguhnya, bukan satu perkara mudah untuk bangun daripada tidur nyenyak pada waktu dinihari ketika orang lain sedang dibuai mimpi.
Juga bukan satu perkara mudah untuk berwuduk dalam suasana dingin malam yang mencengkam dan bukan mudah untuk mengangkat takbir menghadap Allah dalam keadaan mata yang masih terkebil-kebil kepedihan.

Dengan kata lain, amalan bangun bertahajud adalah perbuatan amat berat untuk dikerjakan. Keadaan tubuh yang letih dan lesu kerana sehari suntuk bekerja pada siang hari menyebabkan sesetengah orang yang tidur seperti mati. Ia amat susah untuk disedarkan walaupun puas dikejut.

Matanya akan menjadi bertambah mengantuk dan tubuhnya akan menjadi bertambah penat apabila mereka tidur lewat malam kerana asyik menonton tayangan gambar larut malam di kaca TV atau mereka melakukan kerja tambahan lain.

Keadaan sejuk dan suasana sunyi sepi di tengah malam juga menjadi faktor untuk membuatkan seseorang nyenyak tidur dan berasa keberatan untuk berhubungan dengan Allah di tengah malam.

Iman yang kurang tebal akan membuat seseorang yang tidur nyenyak menarik selimutnya dengan lebih kemas lagi. Sesungguhnya ketika itu adalah masa paling nikmat untuk tidur.

Namun, pada kesukaran inilah tersembunyi suatu rahsia Allah yang hanya sedikit sekali diketahui hamba-Nya. Sekalipun sembahyang Tahajud sekadar sunat, tetapi kelebihannya amat besar di sisi Allah dan tinggi nilainya. Firman Allah s.w.t bermaksud:

“Dan dari malam, hendaklah engkau bertahajud (tinggalkan tidur untuk sembahyang) semoga Tuhanmu mengangkat kamu pada kedudukan yang terpuji.’ (Surah Al-Israk: Ayat 79)

Ayat ini menjelaskan kepada kita betapa pentingnya sembahyang Tahajud. Ia peluang keemasan yang ditawarkan Allah kepada manusia untuk mengukuhkan hubungan mereka dengan Penciptanya.

Sesungguhnya segala kesusahan dan kepayahan itu hanya dirasai mereka yang jarang atau tidak pernah melakukannya, namun bagi mereka yang biasa, ia menjadi suatu kenikmatan pula.

Bagi yang dapat menghayatinya, mereka akan berasa satu kerugian besar jika meninggalkan sembahyang Tahajud.

Di waktu inilah - iaitu sepertiga malam, pintu langit akan terbuka luas untuk menerima taubat hamba Allah dan Malaikat akan membawa kendi emas untuk mengumpul air mata taubat bagi menyiram api neraka yang sedia menanti mahu membakar tubuh manusia di akhirat nanti.

Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud: “Allah s.w.t sayang kepada lelaki yang bangun malam kemudian mengerjakan sembahyang dan akan membangunkan isterinya dan kalau isterinya enggan, dipercikkan air di wajahnya. Dan Allah sayangkan perempuan yang bangun malam kemudian mengerjakan sembahyang dan membangunkan suaminya dan jika suaminya enggan, dipercikkan air ke wajahnya.” (Hadis Riwayat: Abu Daud)

Sesungguhnya untuk mendapat kasih sayang daripada Allah bukan sesuatu yang mudah. Allah mengasihi orang yang beriman dengan melaksanakan suruhan-Nya dan meninggalkan yang dilarang.

Sembahyang Tahajud satu suruhan Allah dan oleh itu Allah menyayangi mereka yang mengerjakan sembahyang ini.

Bagi manusia yang benar-benar yakin dan patuh kepada Allah tidak akan keberatan untuk bangun melakukan Tahajud di tengah malam.

Sebaliknya, orang yang lemah imannya akan berasa berat untuk menolak selimutnya walaupun berat selimutnya tidak sampai setengah kilogram.

Sembahyang Tahajud sesungguhnya satu daripada sembahyang sunat yang mempunyai nilai dan kedudukan tinggi berbanding sembahyang sunat lain.

Sembahyang Tahajud adalah amalan orang soleh yang sentiasa mahu mendekatkan diri kepada Allah.

Amalan sembahyang Tahajud bukan hanya diamalkan umat Nabi Muhammad malah umat nabi sebelumnya.

Ini bererti perintah Tahajud bukan dikhususkan kepada umat Nabi Muhammad sahaja.

Saidina Umar Al-Khattab menyatakan fadilat atau kelebihan sembahyang malam dengan berkata maksudnya: “Sesiapa mengerjakan sembahyang malam (Tahajud) dengan khusyuk nescaya dianugerahkan Allah sembilan perkara, lima di dunia dan empat di akhirat. Kurniaan di dunia ialah:

a. Jauh daripada segala penyakit

b. Lahir kesan takwa pada wajahnya

c. Dikasihi sekalian mukmin dan seluruh manusia

d. Percakapannya mengandungi hikmat

e. Dikurniakan kekuatan dan diberi rezeki dalam agama (halal dan diberkati).

Sementara empat perkara di akhirat ialah:

a. Dibangkitkan dari kubur dengan wajah berseri-seri

b. Dipermudahkan hisab

c. Cepat melalui Sirat al-Mustaqim – seperti kilat

d. Diserahkan suratan amalan pada hari akhirat melalui tangan kanan.

Walaupun manusia sedar ketinggian kedudukan sembahyang Tahajud, namun sedikit sekali manusia yang mengaku beragama Islam sanggup dan bersedia melakukan sembahyang ini. Bagi mereka, tidur lebih seronok dan lebih utama daripada bersembahyang.

Sesungguhnya, manusia akan berlumba-lumba untuk bersembahyang Tahajud sekiranya mereka dapat merasai betapa nikmatnya melakukan amalan itu.

Keheningan dan kedinginan malam seolah-olah memberi kesempatan kepada seseorang untuk merapatkan lagi jurang hubungan antara makhluk dan Khalik.

Apa yang dibaca seseorang ketika bersembahyang itu seolah-olah didengar dan mendapat layanan daripada Allah Yang Maha Berkuasa. Orang yang khusyuk dalam sembahyang akan berasa hubungannya dengan Allah begitu hampir.

Biasanya, permohonan seseorang untuk mendapat sesuatu itu cepat mendapat layanan apabila tidak ramai orang memohonnya.

Oleh itu, mohonlah keampunan dan limpahan rahmat Allah ketika orang lain sedang tidur nyenyak.

Berhubunglah dengan Allah ketika peluang masih ada, umur masih muda dan pintu taubat masih terbuka. Insya-Allah kita akan mendapat limpahan rahmat dan nikmat daripada-Nya.

Sebaik-baik permohonan dan masa untuk berhubung dengan Allah ialah pada waktu malam. Sebab itu, kurangkanlah tidur dan banyakkanlah bersembahyang di tengah malam.

Azan Sebelum Solat

Rasulullah s.a.w bersabda:

Siapa yang mendengar azan dan membaca doa (yang bermaksud….“Wahai Allah, dengan berkat seruan yang sempurna inidan dengan berkat sembahyang yang didirikan, kurniakanlah kepada penghulu kami Nabi Muhammad wasilah dan kelebihan dan bangkitkanlah Baginda di Maqam Mahmud“, dia akan mendapat syafaatku di hari kiamat. (Riwayat dari Jabir Bin Abullah.)


Azan ialah sunnah Nabi s.a.w. Mulanya semua sembahyang di rumah masing-masing. Nabi buntu berfikir cara untuk memanggil para sahabat sembahyang berjemaah. Kemudian seorang sahabat bermimpi berjumpa seorang berjubah hijau (malaikat) mengajarnya kalimah azan. Sayyidina Umar r.a. juga mimpi yang sama sebelum itu. Lalu nabi s.a.w menyuruh diajarkan kalimah azan kepada Sayyidina Bilal r.a.

Azan bukanlah syariat, tetapi sunnah Nabi. Sembahyang tetap sah walaupun tanpa azan. (Bukan seperti yang diterjemahkan dalam televisyen “tuhan yang mensyariatkan seruan azan)

kurniakanlah kepada penghulu kami Nabi Muhammad wasilah dan kelebihan dan bangkitkanlah Baginda di Maqam Mahmud

Maqam Mahmud ialah nama satu tempat yang paling istimewa di syurga, seorang sahaja yang boleh memilikinya iaitu Nabi s.a.w. Ia bukannya “tempat terpuji” seperti yang biasa di terjemahkan di dalam televisyen. Semua tempat dalam syurga adalah tempat yang terpuji.

Ada seorang wali mengatakan angka yang dikehendaki untuk Nabi s.a.w dapat tempat itu (Maqam Mahmud) telah cukup (melalui kasyafnya). Walaupun begitu masih sunnah untuk mengamalkan doa tersebut.Nabi s.a.w sebenarnya tidak perlu kepada doa kita. Inilah akhlak Baginda yang mulia iaitu tawaduk dan merendah diri.

Siapa yang berdoa dengan doa di atas, Nabi akan memberinya syafaat (recommendation) untuk masuk syurga.


Makam Mahmud & Tahajud

Dalam satu hadis, Allah rahmati dan suka orang solat tahajjud:

Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda ;

“Allah merahmati orang yang bangun pada waktu malam dan mengejutkan isterinya untuk sembahyang. Jika isterinya payah sedar ia merenjiskan air di wajahnya. Dan Allah merahmati isteri yang bangun waktu malam bersembahyang dan mengejutkan suaminya (agar beribadah). Jika suaminya enggan (liat) untuk bangun maka ia merenjiskan air diwajahnya.” (Riwayat Abu Daud)


Kerjasama suami-isteri seperti ini ini mampu membentuk keluarga dan masyarakat yang baik.

Di dalam hadis yang lain, solat tahajjud ialah budaya orang soleh

Dari Ummah Al-Bahili dari Rasulullah s.a.w ; “hendaklah kamu melazimkan (qiamulail) sembahyang malam. Sebab itu adalah amalan orang-orang soleh sebelum kamu.Ia menghampirkan kamu dengan tuhan, menebus keburukan (kamu) dan mencegah dari melakukan dosa.” ( Riwayat At-Tarmizi )

Dalam riwayat Salman Farisi ditambah lagi dengan faedah lain iaitu, “ia dapat menghilang penyakit dari dalam tubuh.” - ( Riwayat At-Tabrani )

Imam Syafie mengharuskan solat tahajjud secara berjemaah. Imam Hanafi mengatakan solat tahajjud itu individu.

Nabi Muhammad telah dijanjikan tempat yang istimewa di syurga iaitu ‘Makam Mahmud” (bukannya Makam yang terpuji tetapi nama makam itu ialah Makam Mahmud).

Israa [79] Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah sembahyang tahajud padanya, sebagai sembahyang tambahan bagimu; semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari akhirat di Makam Mahmud

Asalnya solat tahajjud itu wajib ke atas nabi, kemudian ditarik balik arahan itu. Mulanya Nabi baca 7 juzuk quran dalam 4 rakaat solat tahajjud dan bengkak kakinya, sehinggalah turun ayat :-

Muzammil [20] Sesungguhnya Tuhanmu (wahai Muhammad) mengetahui bahawasanya engkau bangun (sembahyang Tahajud) selama kurang dari dua pertiga malam dan selama satu perduanya dan selama satu pertiganya dan (demikian juga dilakukan oleh) segolongan dari orang-orang yang bersama-samamu (kerana hendak menepati perintah yang terdahulu); padahal Allah jualah yang menentukan dengan tepat kadar masa malam dan siang. Dia mengetahui bahawa kamu tidak sekali-kali akan dapat mengira dengan tepat kadar masa itu, lalu Dia menarik balik perintahNya yang terdahulu (dengan memberi kemudahan) kepada kamu; oleh itu bacalah mana-mana yang mudah kamu dapat membacanya dari Al-Quran (dalam sembahyang).

Jikalau tidak mampu atau tidak sedar di waktu malam, boleh buat (ganti) di waktu siang, buat 12 rakaat solat sunat. Boleh buat mulai lepas matahari naik segalah (15-20 minit selepas waktu Syuruk) sehinggalah matahari tegak. (iaitu tidak dilakukan ketika waktu dilarang solat)

Tidur Manusia & Solat Tahajud

SOLAT tahajud ialah ibadah yang kita lakukan pada malam hari, biasanya tengah malam atau lewat tengah malam. Solat tahajud juga dikenali juga sabagai shalatulail. Solat ini sangat baik dilakukan terutama kepada para pemimpin Islam kerana Rasulullah S.A.W dan para sahabat r.a tidak meninggalkan solat ini sepanjang hayat mereka, sebagai ibadah tambahan.

Dalam Al-Quran terdapat banyak ayat-ayat yang menggalakkan umat Islam mengerjakan solat tahajud sebagai ibadah tambahan pada waktu malam begitu juga terdapat beberapa hadis Nabi S.A.W. mengenai perkara ini.

TIDUR DAN SOLAT TAHAJUD

Umumnya manusia mengatakan tidur malam perlu antara enam hingga lapan jam sehari. Tetapi pendapat ini ditolak oleh para saintis Barat seperti Dr Ray Meddis, seorang profesor di Department of Human Sciences, England University of Technology yang mengatakan bahawa manusia sebenarnya perlu tidur malam selama tiga jam sahaja.

Waktu tidur boleh dibahagi kepada dua bahagian - tidur ayam dan tidur lelap. Mimpi biasanya berlaku dalam tidur lelap (deep sleep). Manusia perlu berlatih untuk dapat tidur lelap kerana tidur ayam adalah masa berangan-angan yang membuang waktu sahaja. Tidur yang sebenarnya ialah ketika tidur lelap yang mengikut kajian saintis Barat ialah selama tiga jam. Kita merasakan bahawa tidur malam kita selalu tidak cukup. Ini kerana kita tidak terlatih atau mengikut peraturan yang perlu diikuti ketika tidur. Apabila seseorang atlit hendak memasuki suatu pertandingan lumba lari dia akan berlatih hampir setahun sebelum perlumbaan itu bermula. Dengan demikian dia ada harapan untuk memungut pingat emas. Demikian jugalah kita mesti melatih diri kita tidur mengikut peraturan.

Mengikut kajian ahli perubatan Barat, Sebelum kita merasa hendak tidur, mula-mula sekali kita akan merasa mengantuk (drowsiness) di mana suhu badan kita akan menurun. Dengan mengatur waktu tidur dan menggunakan jangkasuhu kita boleh latihkan diri kita untuk tidur bila perlu. Tidur yang diatur boleh menjimatkan masa kita dan membolehkan kita melakukan ibadah dan kerja-kerja lain.

Rasulullah S.A.W. telah memberikan contoh yang baik untuk tidur lengkap dengan doa-doanya. Bolehlah kita ringkaskan latihan untuk tidur malam seperti :

1. Makan malam yang sedikit sekadar alas perut supaya tidak lapar. Jika kita makan malam yang banyak ianya akan menyebabkan kita cepat mengantuk dan susah bangun dari tidur, sudah tentu kita akan terlebih tidur pula.

2. Tunaikan solat Isya’ sebelum tidur.

3. Bersihkan tempat tidur seperti tilam, bantal dan cadar dari habuk dan lain-lain kotoran.

4. Amalkan doa-doa sebelum dan sesudah tidur seperti yang diajarkan Rasulullah S.A.W.

5. Kurangkan masa tidur dari lapan jam sehari kepada tujuh jam sehari untuk bulan pertama latihan; pada bulan kedua kurangkan masa tidur malam kepada enam jam sehari, seterusnya pada bulan ketiga kepada lima jam sehingga kita boleh tidur untuk masa tiga jam sahaja.

Cara untuk kita tidur dan bangun juga mempunyai peraturan yang perlu diikuti untuk menjaga kesihatan dan mengelakkan diri dari dihidapi pelbagai penyakit. Umpamanya kita yang suka bangun tidur melompat dari tidurnya boleh menghadapi risiko sakit jantung yang boleh membawa maut. Demikian menurut pendapat seorang doktor dari China - Dr Huang Guoxiong dari Kolej Perubatan Lioning.

Di dalam Al-Quran ada menyebut segolongan manusia yang masuk syurga kerana ibadah malamnya dan kurang tidur malam. Firman Allah dalam Al-Quran yang bermaksud : “Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa ada di dalam syurga dan dekat dengan air yang mengalir. Sambil mengambil apa yang diberi oleh Tuhn mereka. Sesungguhnya mereka sebelum ini di dunia adalah orang-orang yang berbuat baik. Mereka sedikit sekali tidur di waktu malam. Dan di akhir-akhir malam mereka memohon ampun kepada Allah.” ( Surah az-Zariat ayat 15-18 )

IBADAH TENGAH MALAM DAN AWAL PAGI DALAM AGAMA LAIN

Penulis pernah bertukar-tukar pendapat dengan guru-guru dan ketua agama yang bukan Islam seperti Buddha, Kristian, Tao, Confucious dan Sikh. Dalam perhatian penulis, mereka juga mengadakan amalan pada tengah malam seperti ‘berzikir’ dan membaca kitab suci agama mereka. Untuk mengelak dari rasa mengantuk, mereka berlatih tidur hanya lebih kurang tiga jam atau empat jam sehari malah ada yang kurang dari itu. Antara agama yang dimaksudkan itu ialah agama Buddha, Kristian, Tao, Confusius dan Sikh.

PENDAPAT AHLI SASTERA BARAT

Terdapat juga ahli sastera barat yang menceritakan mengenai kelebihan mengurangkan tidur untuk mencapai kerjaya yang cemerlang.

Bila ditanya apakah rahsia kejayaan mereka, mereka menjawab : “The woods are lovely, dark and deep but I have promises to keep and miles to go before I sleep.”

Maksudnya “Taman itu indah, gelap dan tebal tetapi saya mempunyai temujanji yang mesti ditunaikan dahulu sebelum saya tidur.”

“The heights by great men reached and kept were not attained by sudden fight. But while their companions sleep were toiling upwards in the night.” - Longfellow

Maksudnya “Pencapaian kerjaya yang tinggi oleh orang-orang ternama tidak didapati serta merta tetapi mereka bekerja keras sehingga larut malam pada waktu sahabat-sahabat mereka sedang nyenyak tidur.”

Ini jelas menunjukkan mereka meminimakan waktu tidur untuk mencapai kejayaan dalam hidup mereka.

Sekarang kita kembali kepada perbincangan solat tahajud. Apakah kebaikan dan kelebihan yang kita perolehi dari mengerjakan solat tahajud sedangkan ketika itulah manusia sedang nyenyak tidur.

Dari segi fikiran logik, kita tidak akan faham bahawa suruhan Allah itu mendatangkan kebaikan. Solat tahajud meneguhkan iman kita, jiwa kita, mental kita untuk menghadapi masalah hidup duniawi dan lain-lain lagi yang Allah Maha Mengetahui.

Dari segi sains perubatan pula, kita akan menyedut oksigen khusus yang wujud di atmosfera bumi antara lebih kurang jam tiga pagi hingga terbit matahari dan menggerakkan otot-otot di dalam badan kita ke arah menyegarkan badan dan melicinkan gerak saliran darah. Kedua-dua oksigen dn gerak otot itu sangat penting dalam memastikan kesihatan tubuh badan manusia. Oksigen itu hilang dari atmosfera bumi selepas matahari terbit dan tidak datang lagi sehingga esok pagi. Hanya manusia yang bangun pada waktu ini dapat menikmati oksigen tersebut. Mereka yang bangun tidur lewat tidat merasa nikmat oksigen ini.

RAHSIA PERGERAKAN OTOT DALAM SOLAT

Cuba kita kaji pergerakan otot-otot kita ketika solat. Secara kasar, pada mula kita berdiri tegak ( qiyam ) kemudian angkat kedua tangan bertakbir dan letakkan tangan di atas pusat - kita telah membesarkan rongga dada kita manakala paru-paru akan terasa luas serta menggerakkan otot di kedua belah tangan.

Ketika ruku’ dengan badan membongkok ke depan dan kedua tangan di atas kepala lutut dan punggung mendatar ( parallel to the ground ) sekaligus ianya menggerakkan ruas-ruas tulang punggung, tulang leher, tulang pinggang dan tulang tungkin.

Waktu sujud pula, seluruh berat badan terpikul sepenuhnya di atas otot-otot kedua-dua tangan, kaki. dada, perut, punggung, leher dan otot-otot kaki. Lihat sahaja pada waktu sujud ini berapa banyak otot dan persendian yang kita gerakkan.

Setelah itu kita bangkit dari sujud. Kita duduk, kemudian kita sujud lagi dan selepas itu kita berdiri kembali. Dalam gerak badan kali ini kita telah secara automatik menggerakkan sejumlah besar otot-otot di dada , bahu, lengan, perut, punggung, peha, kaki bahagian bawah an lain-lain otot lagi.

Selain dari itu kita juga melakukan dua macam duduk - pertama duduk antara dua sujud dan kedua duduk tahiyat. Kedua-dua jenis duduk ini menggerakkan tumit , pangkal peha, kelengkang, jari-jari kaki dan lain-lain. Dalam kita memberi salam juga kita gerakkan otot-otot leher tengkuk dan lain-lain.

Kalau kita lihat dari dua perkara tersebut di atas iaitu mendapatkan oksigen yang istimewa dan gerak otot-otot yang semuanya ini sudah tentu akan memastikan kesihatan tubuh badan kita.

Solat tahajud juga boleh menjauhkan penyakit buah pinggang yang selalu menyerang orang yang banyak tidur dan bangun lewat dari tidur malam.